Wednesday, 11 November 2015

BINA INSAN GURU

Maka bermulalah detik-detik baru dalam hidupku...Menempuhi dunia baru..bagaimanakah kesudahannya?..Suatu pertanyaan yang aku tak pasti.Itulah Ketentuan Qada dan QadarNya yang 
sudah tertulis dan tersirat..
Semesta pertama bermula 26hb 10 2015..Salah satu subjek wajib yang perlu diambil semesta petama di KPAKK ialah B.I.G.B.I.G ialah bina insan guru.
Apakah bina insan itu...menurut pemahaman aku, membina insan ialah membina jati diri dalam diri seseorang individu.Bakal pendidik awal kanak-kanak perlu kuat dari segi mental dan fizikal, bagi persediaan untuk berdepan dengan masyarakat,persekitaran, ibubapa dan anak-anak atau pelajar itu sendiri.
Ini adalah kerana seseorang insan perlu dibangunkan dari pelbagai aspek termasuk intelektual,sosial dan emosi.Maka ianya bermula dari awal pendidikan, kanak-kanak..dan perlunya B.I.G untuk setiap bakal pendidik...

AKU DAN KPAKK

Assalamuailaikum...salam sejahtera buat pembaca blog sekalian. KPAKK adalah sesuatu perkataan yg baru dalam hidupku..Apakah itu KPAKK???.. KPAKK ialah Kolej Pendidikan Awal Kanak-kanak. Sebuah institut swasta yg melahirkan bakal-bakal pendidik di awal usia kanak-kanak, iaitu diantara 0 hingga 4 tahun untuk kanak-kanak taska.Dan 5 tahun hingga 6 tahun untuk kanak-kanak tadika.Mengenali KPAKK melalui seorang rakan sekolah yang rumahnya berhampiran dengan kolej ini, Sarah namanya..Ditemani beliau aku memberanikan diri untuk mengetahui lebih lanjut tentang KPAKK, dan seterusnya mendaftar sebagai pelajar di KPAKK..