KEM BINA INSAN GURU
Kem Nur Lembah Pangsun
Maka sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar yang mengambil subjek matapelajaran B.I.G...kerana masa untuk mempaktikan apa yang dipeljari didalam kelas akan diaplikasikan semasa dalam kem tersebut.Setelahbermesyuarat...bla..bl..bla..dengan ahlijawatankuasa tertinggi Kem Bina Insan Guru bersama pensyarah dan semua pelajar, maka kami memutuskan untuk memilih Kem Nur Lembah Pangsun sebagai lokasi perkhemahan.
15 Januari hingga 17 Januari kami berkampung di kem tersebut dalam satu pasukan yang besar. Pensyarah lain yang turut menyertai kami selain Sir Hazwan yang mengajar subjek B.I.G, ialah Miss Fatina dan Miss Nadia.
Kem ini juga turut disertai oleh 2 orang fasilitator iaitu saudara Fahmi dan saudara Joe, mereka adalah diantara pelajar di KPAKK yang dipilih untuk membantu menjayakan perkhemahan kami nanti.Tak dilupakan 2 insan yang banyak menyumbang ilmu dan perkongsian yang sangat menarik yangdapat kami pelajari dijemput khas dari UPSI iaitu Sir Zaim dan En. Omar selaku pembantunya.
Sebelum bertolak kami sempat berkongsi keterujaan untuk pergi perkhemahan. Setelah mendengar taklimat dari wakil KPAKK kami bertolak pada pukul 12.00 tengahari. Segala pesanan dan teguran kami semadkan diingatan sebagai panduan semasa berada di tapak perkhemahan nanti.
Sebelum bertolak kami sempat berkongsi keterujaan untuk pergi perkhemahan. Setelah mendengar taklimat dari wakil KPAKK kami bertolak pada pukul 12.00 tengahari. Segala pesanan dan teguran kami semadkan diingatan sebagai panduan semasa berada di tapak perkhemahan nanti.
Sesi ice-breaking adalah sesi sual kenal antara sesama peserta dan peserta dengan pensyarah. Juga apa yang akan dilalui sepanjang perjalanan kem.Dalam ice-breaking kami menjalankan pelbagai aktiviti. Kami juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan nama buah-buahan.Antaranya ialah kumpulan Kiwano, Papaya, Cocunut, Tembikai, Strawbery, Mangoesteen. Kumpulan saya ialah kumpulan Strawbery.
Pada setiap pagi kami semua dikehendaki berada di padang kawad untuk melakukan senamrobik dengan diiringi pelbagai jenis lagu. Selepas menjalankan aktiviti senamrobik,kami semua diarahkan untuk ke dewan makan bagi sarapan pagi. Kemudian itu kami semua diminta berkumpul ke padang kawad semula bagi menjalankan aktiviti seterusnya iaitu permainan baling selipar. Permainan tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Adankumpulan B. Aktiviti ini diadili oleh facilatator dan pensyarah. Permainan tersebut telah dimenangi oleh kumpulan A. Acara berikutnya diteruskan selepas mendengar sesi pembelajaran secara ringkas bersama-sama En.Zaim di tepi kolam. Acara berikutnya ialah berakit. Ia dimulai dengan acara pemasangan alatan berakit seperti cara mengikat yang betul diantara tayar pada papan kayu bagi memudahkan aktiviti berakit nanti.
Sebelum memulakan aktiviti berakit,Kami telah diberikan penerangan cara untuk memakai jaket keselamatan dan cara terapung kan diri ketika didalam air.
Setelah selesai melakukan aktiviti "terapung kan diri"didalam air,kami semuatelah diberikan arahan untuk mengangkat rakit kumpulan masing-masing untuk dibawa ke kolam bagi acara berakit antara kumpulan.Acara berakit tersebut telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang berlainan anggotanya iaitu kumpulan 1, kumpulan 2,kumpulan 3 dan akhir sekali kumpulan 4.
Acara tersebut telah dimenangi oleh kumpulan 2. Aktiviti ini bertujuan untuk melihat kerjasama didalam kumpulan melalui organisasi yang berbeza. Kemenangan bukan dicari tetapi pengalaman yang diperolehi amatlah bermakn. Seterusnya,kami diberikan masa untuk bersihkan diri bagi menunaikan solat fardhu zohor dan makan tengah hari.
Pada jam berikutnya, kami diminta berkumpul didewan bagi meneruskan sesi pembelajaran yang seterusnya. Kami semua telah di berikan pendedahan mengenai "Seven Secret of S". Ia menerangkan mengenai cara kita sebagai seorang bakal guru untuk berjaya. Antara "S" yang diterangkan ialah
( Score, Skill,Strategy, Spirit and support, Space, Speed, spiritual) Tips yang diberikan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Penerangan tersebuttelah disampaikan oleh En.Zaim.
Setelah selesai sesi pembelajaran tersebut, kami semua telah diberikan tugasan bagi malam kebudayaan yang bertemakan majlis perkahwinan. Kumpulan tersebut berdasarkan nama-nama panggilan keluarga. Antara kumpulan tersebut ialah, maklong, makngah, makandak, makteh,maksu dan keluarga besan. Kami semua telah diberikan masa untuk membuat persiapan bagi malam kebudayaan. Acara tersebut bermula pada pukul 9 malam. Malam kebudayaan merupakan malam yang paling seronok dan tidak kan pernah dilupakan.
Pada hari terakhir, kami semua menjalankan aktiviti yang diberi nama "Race Againts Time" yang mempunyai enam checkpoint. Aktiviti tersebut menekankan kerjasama antara kumpulan dan kecerdasan fizikal kita. Setelah selesai aktiviti ini,kami semua telah diberikan satu tugasan secara menyeluruh bermaksud semua peserta membentuk satu kumpulan yang besar bagi menjalankan aktiviti yang diberi nama "I FRAME".
Setelah selesai menjalankan aktiviti ini,kami semua telah diberikan masa untuk membersihkan diri dan mengemas barang masing-masing untuk pulang. Kem ini banyak memberikan pengalaman dan pengajaran kepada diri saya dan rakan-rakan yang lain.Terima Kasih kepada semua yang terlibat.
"WE SUPPORT YOU"....

