Thursday, 28 January 2016

KENEGARAAN

Kuliah seterusnya mengenai  Kenegaraan. Permulaan kelas dimulai dengan menonton ‘movie’ mengenai bagaimana negara kita iaitu Malaysia, mencapai kemerdekaan bermulanya dari zaman Tunku Abdul Rhman sehingga pemimpin kita pada masa sekarang iaitu Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Kemerdekaan bermaksud pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut keadilan dan kedaulatan. Lecture ada membuat kuiz  “by group” didalam bilik kuliah. Melalu kiuz tersebut membolehkan kami sebagai seorang pelajar me”recap” semula apa yang telah dipelajari sebelum ini.

Pengertian kemerdekaan : pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut keadilan

Sejarah pembentukan Malaysia: 
  • Mencantumkan Tanah Melayu (TM), Singapura, dan wilayah Borneo dalam konsep Persekutuan Tanah Melayu.
  • Kesedaran bahawa TM dan negeri-negeri tersebut sukar untuk berdiri sendiri terutama dalam menghadapi sebarang persaingan di peringkat antarabangsa.
Faktor penubuhan Malaysia:
  1. Mengelak ancaman dan pengaruh komunis
  2. Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei
  3. Perkongsian faedah ekonomi
  4. Membela masyarakat bumiputra di Sabah dan Sarawak
  5. Hak dan kepentingan kaum bumiputra

Struktur Pemerintahan Malaysia


Siapakah Yang Di-Pertuan Agong:
  • Baginda merupakan Ketua Negara yang menjalankan tugas seperti:
  • Tugas mengikut budi bicara
  • Menjalankan tugas sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera
  • Memperkenankan rang undang-undang
  • Pengisytiharkan darurat
  • Memberikan kuasa pengampunan
  • Memainkan peranan didalam dan diluar negara
  • Memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak




DEMOKRASI MALAYSIA

"Pemerintahan Rakyat Untuk Rakyat"

  1. Ketua Negara
  2. Ketua Negeri
  3. Perlembagaan
  4. Parlimen
  5. Pilihanraya



   

No comments:

Post a Comment